Friday, September 16, 2011

Hukum Warnakan Rambut



Kelly dgn "pelepah" Duriannya


Yg pertama rambut itu belum beruban
Yg ke dua rambut itu telah beruban
….
Tahukah kamu:
Jika rambut itu belum beruban, hukum mewarnakan dengan warna lain hukumnya HARAM. Ingat baik2!.
Tetapi jika rambutnya beruban, hukumnya sunat…
So aku bersangka baik, mungkin Julaili ini rambutnya beruban.. insyaalahh…
Kata setengah ulama’ sunah Nabi S.A.W boleh warna apabila sudah beruban

Hukum Haram adalah pandangan Mahzab Syafie (bukan Shafei bin Othman yer..). Dikecualikan kiranya utk jihad.

Teringat aku ketika bersama Shafei, aku pernah bertanya kepadanya ..
“awak tak kisah/lebih suka yer Shafei kalau GF awk free hair?”, atau
“awak tak kisah/lebih suka yer kalau wife awak free hair?”.

Aku bertanyakan shafei dan shafei menjawab mewakili seluruh lelaki:

"Kalau isteri… saya tahu tanggugjawab saya seorang suami di mana saya kena menanggung segala dosa isteri. So saya rasa, saya akan galakkan isteri saya bertudung".

Emm….. betulker nie.. macam susah nak percaya. Soalan aku utarakan sbb aku melihat Girlfrend2 or even wife dia yg terdahulu, semuanya free hair. Mungkin aku bukannya kriteria yg shafei cari, kerana aku seorang yg bertudung, mugkin shafei lebih gemar kepada wanita yg free hair. Nah, lihat kepada julaili.

Yup walau aku tahu, aku bukan lah wanita yg solehah yg kadang2 membuat dosa dan ingkar ats arahanNya namun kata org, “jika tak mampu buat, jangan tinggalkan semua!”.

 Wahai sahabat2 ku di luar teristemewa kepada kaum2 lelaki, percayalah, secara peribadi aku inginkan lelaki yg dapat menegur auratku. Imanku senipis kulit bawang wahai lelaki. Aku perlukan mu untuk membimbingku. Aku tidak suka bila mana aku keluar , dan engkau tidak menegurku supaya bertudung (menutup aurat).

P/S: semoga Allah memberikan hidayah kpd kamu dan aku. Aminn...


Wednesday, September 7, 2011

Lost.. You're Lost bcoz just one U are away from Allah

(Kadang ksilapan utama manusia bkn krn slh buat pilihan, tp sbb lama sgt bfikir sblm buat pilihan.... Blajar buat pilihan dan brtanggungjawab atas pilihan yg dbuat..)
   Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku

Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu
Masih ada

Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk
Impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
 
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti

Demi masa hadapan
tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua kuundur diri

Thursday, August 25, 2011

Mengumpul harta dgn mengambil kesempatan atas orang lain??






Suatu hari ketika shafei datang kerumah ku , dipagar rumahku, dia dgn bertemankan motonya:

Nurul:    shafei knp awk suka amik kesempatan? Amik kesempatan terhadap orang lain?

Shafei:    Nurul, dlm business nie, semua kena amik kesempatan. Knp  sy tak boleh amik kesempatan? Org2 yg Berjaya, semua amik kesempatan jika ada terbentang di hadapan mata.

Nurul:     yup saya setuju. Tapi klu untuk tujuan business sekali pun ,sampai awk sanggup melibatkan hati dan perasaan?. Sanggup terima tawaran tersebut walaupun awk tahu org itu menaruh hati kepada awk??

Shafei:  ya, klu saya boleh dapat jalan yg mudah. Kenapa perlu saya bersusah payah? Rezeki dh datang bergolek, kenapa perlu saya menolak??

Dalam hati ku? (oh, sempit betul fikiran kamu atau fikiran aku yang sempit??)
 ( nampaknya awk lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan org lain)

Nurul :   Shafei awk tau awk buat business pada org yg ada hati dgn awk, Tidakkah kah itu akn menjadi beban pada awk?? .  Tidakkah akn menyebabkan semua hati terasa??

Shafei:   Nurul, saya tak boleh menolak org yg suka pada saya. Apa yg penting business is business dan saya tak melibatkan hati dan perasaan.

Nurul:   Awak dah melibatkan pun shafei. Dalam hal ini saya terasa dan julaili juga akn terasa.  

Shafei , terdiam.. dan tunduk

Nurul:   shafei saya nak tanya, sekiranya tanpa bantuan julaili,  business awk di mana sekarang?

Shafei:  ok,  klu tanpa bantuan dia, mungkin saya perlukan 3 tahun lagi untuk saya capai apa yg saya  dapat sekarang.

Nurul:   wah betapa hebatnya julaili tu bantu awk kan shafei. Betapa mudahnya hidup awk mengambil kesempatan atas kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat yang julaili itu ada kan.

Dalam hati (patutla awk tak boleh tinggalkan dia, rupanya awk dh terikat dgn dia)….

Di saat ini aku masih terpikir adakan mengambil kesempatan terhadap org lain itu baik atau sebaliknya? Kita sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat harta dunia! Lebih2 lagi seorang lelaki yang mengambil kesempatan terhadap wanita yang punyai kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh, kepandaian dan pangkat? Adakah itu baik??

Dari sudut pandangan umum, aku dapat bgtau yang manusia ni tidak menghargai sesuatu yang bukan milik dia. Kita lebih suka mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain, tapi dalam masa yang sama kita tidak mahu rugi.

Telah banyak yang kusaksikan di depan mataku harta2 yang dimiliki oleh shafei, tidak kira rumah, kereta, dan motor yang melimpah ruah. Dan tidak ku mengerti adakah segala kebendaan itu memberikan kepuasan dan kebahgiaan dirinya? Ataupun adakah hanya sekadar untuk dibanggakan?.
Ya aku pernah jua menyakan soalan itu kepada shafei. Dan jawapannya..

“Memang awk, semua harta benda itu bagi saya, saya tak rasa apa pun yg dapat membanggakan dan membahagiakan hidup saya”.

So, apa benda yang aku nak cakap? Bagi aku, aku rasa ini masalah besar. Dari sini kita boleh nampak sikap pentingkan diri sendiri. Maksudnya dari konteks hal tadi, shafei lebih pentingkan nilai aspek kebendaan dan dunia sehingga menolak aspek kemanusiaan tanpa sedar.

Kerana bagiku, segala kebaikan orang lain kita anggap ianya sebagai rezeki yang datang tergolek-golek secara tiba-tiba. Kalau kita nak kita ambil dan bila kita taknak kita sepak balik jauh-jauh. Boleh dikatakan harga kebaikan orang lain adalah SANGAT MURAH.  Bbuktinya terjadi padaku. Saat dia jumpa yg lebih baik, yg boleh bagi jaminan kerja padanya, aku ditingglkan begitu sahaja. oh terasa murahnya diri ku ini!!.

Aku tidak berniat untuk bercerita tentang siapa-siapa, hanya sekadar mengingatkan diri kita semua, bahawa dunia ini sekadar pinjaman sahaja. Esok lusa kita boleh diambil pergi dan tinggallah segala-galanya, tak kira harta atau sanak saudara.

Kalau kita mencari rezeki dengan cara yang kotor, sekalipun kita menjadi kaya-raya, namun barakahnya belum tentu ada. Seelok-eloknya, biarlah kita berjaga-jaga. Kerana itu sering kali aku melihat shafei banyak kehilangan dalam hidupnya… bahkan shafei juga selalu berkata:
 “selalunya, bila saya dapat sesuatu, saya akan kehilangan sesuatu”

Dan kesempatan ni, aku ingin meminta maaf kepada seseorang tuh, walaupun cam da lama berlalu, tp, terasa baru semalam benda ni jadi. semoga diri kamu di berkati Allah dan dihujani dengan pelbagai nikmat dan ketenangan hati.. =) doakan lah juga diri ini dgn segala kebaikan juga. Amin ya Rabbal alamin…










Hati dan Akal Bila Bebicara



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal :  Assalamualaikum, sahabat.

Hati :   Waalaikumussalam...

Akal:   Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati :  Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa? 

Hati :  Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati :  Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati :  Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke   angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?     

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati :  Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...













Sunday, July 24, 2011

salam Ramadhan.. Ya Allah rindu bertemu bulanMU



Betul-betul ku rasakan Ramadhan kali ini cukup bermakna buatku. Sebelum ni, aku rasa biasa je, tiada effect langsung. Tapi kali ni, memang kaw-kaw tul Ramadhan buatku. Banyak tul dugaan sebelum dan semasa menghadapi Ramadhan ini, syukur aku cakap, kalau bukan Ramadhan, aku masih down sampai sekarang.

Sayu la pula awal-awal ni, tapi hakikat memang begitu, harap-harap Ramadhan kali ini dapat memuhasabahkan diriku more n more. Sadis woo, beberapa hari sebelum Ramadhan, aku jadi single, perit memang tidak dapat di cakap la, tipu la kalau sekarang masih ok, tapi, sekurang-kurangnya, Alhamdulillah, kira reda la sudah, biarpun ada bebekas tu. Lagipun perpisahan dengan My shafei ni adalah untuk mencari keredhaannya kan. Aku pun sanggup tunggu, kalau ada jodoh, syukurlah . Doa-doakan lah yek, semoga ada jodohku dengan dia. Kalau tiada, tuhan mungkin ada perancangan yang lebih baik lagi, kan?

Masa era down tu, aku kena demam panas lagi.  hari-hari air mata tak berhenti mengalir walau tanpa sebab sekalipun. Terasa kesunyian yg amat. Sebulan pencilkan diri., dh takde semangat masa tu. Tak mau angkat phone sape2 terperap bilik menagis sambil mengenagkan nasib. Tapi Alhamdulillha.. aku lebih banyak mendekatkan diri dgn tuhan. Tuhan lah sekarang nie tempat aku mengadu. Kadang2 kita sedih, kecewa, terluka, tapi jauh di ats segalanya, Dia telah mengatur yg terbaik buat kita. kita jer yang tak sedar
Kalaulah dicabutkan nyawa masa tu, takut juga aku, bekalan lum cukup lagi, huhu. Lum campur sakit dada, bengkak leher dan lain-lain. Degil juga aku masa tu, tidak pergi hospital, malas kan, haha.

Tapi tu la, ujian kan, orang lain lagi besar ujiannya dari kita. Tekad, redha dan tabah je lah. Paling kurang, ada juga hikmahnya. Sebab semuanya tu datang darinya, jadi, kesimpulannya, kita kembali kepadanya. Inilah, masa susah baru datang dengannya, masa senang.. em... Ya Allah ampunkan aku kerana lupakanmu ketika senang. Syukurlah, Ramadhan kali ni aku dapat improve diri aku. Dan menjadikan aku dari degil kepada lembut sikit hati tu. Degil rupanya aku ni, haha.

Ramadhan ini pasti aku ingat, mengajar aku menjadi lebih tabah, doa-doakan lah aku yek, manatahu doa anda berkat kan? Semoga aku ada jodoh dengan si dia itu.

Aku berdoa semoga Ramadhan kali ini bukannya sekadar puasa cuma, hanya kerugian sahaja jika ianya hanya menahan lapar dan minum. Kepada semua rakan-rakan pembaca, kwn2, sedara mara, rakan sekerja dan musuh2 exspecially my shafei:

Kiranya segala post, komen, chat menyinggung hati anda
saya minta maaf kerana tiada terniat pun mengeruhkan keadaan

Ku harap Ramadhan kali ini dapat aku tingkatkan segala ibadah.. dan segera taubat atas setiap dosa dosa yang lalu.. ku harap, segala kisah buruk, tidak akan ku ulangi lagi.. walaupun hanya kesalahan yang kecil...

aku pulang beraya di kampung area tangkak pada hari raya pertama,di kubur abah..

Assalamualaikum....


Thursday, July 14, 2011

Abah Maafkan Nurul ya



Gambar dirakam 4 hari sebelum abah meninggal dunia. Meghabiskan saki baki terakhir di hospital bersama Al-quran yg tak pernah lekang, abh membaca. Ketika ini, aku tidur dihospital menemani abh. Syukur kpd Allah berikan aku peluang saat2 terakhir berjasa pd abah.
****************

Tiba2 teringat kat abah, Nurul jadi sebak.
Tersekat nafas, terkedu seketika.

Abah..
Maafkan Nurul  ye . Nurul bukan anak yg baik.

Abah…
Nurul Sayangkan abah
Nurul Rindu abah

Abah ..
Abah ingat tak dulu2 abah selalu jadi imam kpd kami, baca yasin sama2. Terawih sama2.
Tapi sekarang semua dh sunyi dan semeriah seperti dulu.

Abah..
Ingat tak setiap kali Nurul dimarahi emak,
Abahlah tempat Nurul mengadu.
Kdg2 abh datang pujuk bawak Nurul keluar dan jalan-jalan
Abah.. kini semua tu dh takde lagi
Nurul dah takde tempat untuk Nurul mengadu

Abah..
Ingat tak.. seminggu sekali abah mesti call Nurul,
Tanya khabar nurul
Sedangkan anakmu ini jarang menelefonmu.
Abah maafkan Nurul ye..

Tapi..

Semua tu lenyap begitu sahaja
Tiada lagi panggilan dari abah
Tiada lagi kedengaran suara abah
Dan tiada sesiapa lagi yg bertanya khabar tentang diri Nurul
Abah..
Nurul perlukan semuanya itu Abah…

Abah..
Abah ingat tak..  setiap kali balik kampung,
Nurul tau abah ceria menunngu pulangan Nurul
Malam, Bila abah balik dari masjid
Abah akan ajak Nurul keluar minum
Kita keluar bersama-sama

Malah seminggu sebelum abah meninggalkan kami semua
Abh sempat pelawa Nurul malam tu ke kedai
Minum bersama.

Abah..
Kini bila Nurul balik,
Kadang2 nurul lupa Abah dh tiada
Terus menunngu pelawaan abah untuk minum bersama
Kerana itu tekah menjadi kebiasaan bagi Nurul
Maafkan Nurul abah

Abah..
Terima kasih.. kenapa abah terlalu baik??
Layan karenah ngada2 saya
Layan sifat kebudak-budakan saya
dgn penuh sabar dan kasih sayang
Abah...
Nurul tahu takkan ada org yg dapat menerima karenah nurul
melainkan abah seorang

Abah...
Abah tau tak, sejak abah pergi
Nurul dah tak ada sesapa
Nurul rasa sunyi dan berseorangan..

Abah..
Ingat tak 2 hari Nurul jaga abah di hospital,
Esoknya abah koma.
Nurul lihat abah kaku terlantar tanpa bicara
Nurul tak bole lihat abah lama2 tersiksa.

Akhirnya abah tinggalkan Nurul
Kenapa abah pergi dulu?
Nurul masih perlukan abah
Abah tak kesiankan Nurul ke??

Abah…
Setiap kali Nurul pergi ziarah kubur abah
Mengalir air mataku kerana gagal menjadi anak yg solehah.
Abah maafkan Nurul ye…

Abah..
Doakan Nurul Berjaya dunia dan akhirat ya

Abah..
Nurul rindukan abah
Bolehtak Nurul ikut abah kat sana??
Abah tunggu Nurul kat sana ye…

Abah..
Nurul sayang abah..
Maafkan Nurul ye, sampai sekarang Nurul gagal jadi anak yg soleh
Seperti yg abah harapkan.







Ketika Mengalami Kesedihan yg Mendalam



لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ



“Sesungguhnya Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah). Maha Suci (daripada malakukan aniaya,tolonglah daku); sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”(Q.S.Al-Anbiya : 87)

P/s: Jadikanlah Al-Qur`an sebagai penyejuk hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku dan diberikan jalan keluar dengan kegembiraan.”  

"Ya Allah tidak tertanggung aku menerima ujianmu. Andai ini hukuman yg kau berikan kpd ku, aku terima dgn ikhlas dan qada'mu kerana aku gagal menjadi insan yg baik, aku lalai dalam menjalankan perintahmu krn dikaburi dgn duniawi. Ya Allah ! Ampun kan dosaku. Tiada sesiap lagi disisiku selain Enkau tempat ku mengadu Ya Allah. Kau hilangkan segala kesedihanku. Berikanlah aku petumjuk dan jalan keluar. "

Amin Ya Rabbal alamin.... 

-nurul Adna-