Thursday, August 25, 2011

Mengumpul harta dgn mengambil kesempatan atas orang lain??






Suatu hari ketika shafei datang kerumah ku , dipagar rumahku, dia dgn bertemankan motonya:

Nurul:    shafei knp awk suka amik kesempatan? Amik kesempatan terhadap orang lain?

Shafei:    Nurul, dlm business nie, semua kena amik kesempatan. Knp  sy tak boleh amik kesempatan? Org2 yg Berjaya, semua amik kesempatan jika ada terbentang di hadapan mata.

Nurul:     yup saya setuju. Tapi klu untuk tujuan business sekali pun ,sampai awk sanggup melibatkan hati dan perasaan?. Sanggup terima tawaran tersebut walaupun awk tahu org itu menaruh hati kepada awk??

Shafei:  ya, klu saya boleh dapat jalan yg mudah. Kenapa perlu saya bersusah payah? Rezeki dh datang bergolek, kenapa perlu saya menolak??

Dalam hati ku? (oh, sempit betul fikiran kamu atau fikiran aku yang sempit??)
 ( nampaknya awk lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan org lain)

Nurul :   Shafei awk tau awk buat business pada org yg ada hati dgn awk, Tidakkah kah itu akn menjadi beban pada awk?? .  Tidakkah akn menyebabkan semua hati terasa??

Shafei:   Nurul, saya tak boleh menolak org yg suka pada saya. Apa yg penting business is business dan saya tak melibatkan hati dan perasaan.

Nurul:   Awak dah melibatkan pun shafei. Dalam hal ini saya terasa dan julaili juga akn terasa.  

Shafei , terdiam.. dan tunduk

Nurul:   shafei saya nak tanya, sekiranya tanpa bantuan julaili,  business awk di mana sekarang?

Shafei:  ok,  klu tanpa bantuan dia, mungkin saya perlukan 3 tahun lagi untuk saya capai apa yg saya  dapat sekarang.

Nurul:   wah betapa hebatnya julaili tu bantu awk kan shafei. Betapa mudahnya hidup awk mengambil kesempatan atas kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat yang julaili itu ada kan.

Dalam hati (patutla awk tak boleh tinggalkan dia, rupanya awk dh terikat dgn dia)….

Di saat ini aku masih terpikir adakan mengambil kesempatan terhadap org lain itu baik atau sebaliknya? Kita sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat harta dunia! Lebih2 lagi seorang lelaki yang mengambil kesempatan terhadap wanita yang punyai kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh, kepandaian dan pangkat? Adakah itu baik??

Dari sudut pandangan umum, aku dapat bgtau yang manusia ni tidak menghargai sesuatu yang bukan milik dia. Kita lebih suka mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain, tapi dalam masa yang sama kita tidak mahu rugi.

Telah banyak yang kusaksikan di depan mataku harta2 yang dimiliki oleh shafei, tidak kira rumah, kereta, dan motor yang melimpah ruah. Dan tidak ku mengerti adakah segala kebendaan itu memberikan kepuasan dan kebahgiaan dirinya? Ataupun adakah hanya sekadar untuk dibanggakan?.
Ya aku pernah jua menyakan soalan itu kepada shafei. Dan jawapannya..

“Memang awk, semua harta benda itu bagi saya, saya tak rasa apa pun yg dapat membanggakan dan membahagiakan hidup saya”.

So, apa benda yang aku nak cakap? Bagi aku, aku rasa ini masalah besar. Dari sini kita boleh nampak sikap pentingkan diri sendiri. Maksudnya dari konteks hal tadi, shafei lebih pentingkan nilai aspek kebendaan dan dunia sehingga menolak aspek kemanusiaan tanpa sedar.

Kerana bagiku, segala kebaikan orang lain kita anggap ianya sebagai rezeki yang datang tergolek-golek secara tiba-tiba. Kalau kita nak kita ambil dan bila kita taknak kita sepak balik jauh-jauh. Boleh dikatakan harga kebaikan orang lain adalah SANGAT MURAH.  Bbuktinya terjadi padaku. Saat dia jumpa yg lebih baik, yg boleh bagi jaminan kerja padanya, aku ditingglkan begitu sahaja. oh terasa murahnya diri ku ini!!.

Aku tidak berniat untuk bercerita tentang siapa-siapa, hanya sekadar mengingatkan diri kita semua, bahawa dunia ini sekadar pinjaman sahaja. Esok lusa kita boleh diambil pergi dan tinggallah segala-galanya, tak kira harta atau sanak saudara.

Kalau kita mencari rezeki dengan cara yang kotor, sekalipun kita menjadi kaya-raya, namun barakahnya belum tentu ada. Seelok-eloknya, biarlah kita berjaga-jaga. Kerana itu sering kali aku melihat shafei banyak kehilangan dalam hidupnya… bahkan shafei juga selalu berkata:
 “selalunya, bila saya dapat sesuatu, saya akan kehilangan sesuatu”

Dan kesempatan ni, aku ingin meminta maaf kepada seseorang tuh, walaupun cam da lama berlalu, tp, terasa baru semalam benda ni jadi. semoga diri kamu di berkati Allah dan dihujani dengan pelbagai nikmat dan ketenangan hati.. =) doakan lah juga diri ini dgn segala kebaikan juga. Amin ya Rabbal alamin…










Hati dan Akal Bila Bebicara



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal :  Assalamualaikum, sahabat.

Hati :   Waalaikumussalam...

Akal:   Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati :  Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa? 

Hati :  Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati :  Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati :  Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke   angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?     

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati :  Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...