Thursday, April 21, 2016

Lelaki melayu terakhir : ciri-siri seorang playboy a.k.a buaya darat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku menulis kali ini bukan ditujukan untuk semua lelaki yg bergelar playboy tetapi hanya sekadar berkongsi pengalaman ketika bersama dgn lelaki so call "playboy"

Ramai gadis dan juga kebanyakan wanita kini termakan pujukan dan godaan dari lelaki yang bergelar "playboy melayu " atau lebih dikenali sebagai buaya darat. Mereka tidak memerlukan wajah yang tampan tetapi cukup sekadar membekalkan kata2 dan janji2 manis serta sifat "caring" yg sangat sensitif cukup membuat perempuan terbuai-buai dan terawang-awangan.

Well aku tau, dah berlambak2 majalah, artical, internet atau di mana2 shj membincangkan isu ciri2 lelaki buaya darat a.k.a playboy. Tapi yg bezanya mungkin segala info didapati daripada pemerhatian, kajian, testimoni and etc etc. cuma kali nie aku nk share tentang ciri2 lelaki ini ats pengalaman aku sendiri yg mungkin berbeza dgn ciri2 lelaki melayu buaya darat yg lain.

Apakah ciri-ciri lelaki ini yg so call "playboy" ?


1.Dia sangat protektif pada telefon bimbitnya.
Dia begitu marah jika anda cuba membuka telefonnya atau pinjam mahupun lihat. the word paling popular dlm dirinya ialah "bagi saya handphone adalah hak priversy seseorang. saya juga tak suka dan tak akan bukak hp org lain. sama seperti beg tangan perempuan, kita takde hak utk membukanya". itu alas an yang akan diberikan. Jika anda dengar perkataan itu, itulah lelaki playboy yg saya maksudkan.
 
2.Mulut manis, janji manis
Mulutnya sentiasa manis memberi janji. Dialah raja kebahagiaan. saya bertanya pada diri kenapa aku percaya dan nampak seperti dia benar2 mengotakan janjinya? baik , let me tell you, di sini teorinya . ketika mamat poyo ini membuat sesuatu "janji manis", dia memang sangat atau betul-betul memaksudkannya. untuk membuktikan janji itu dia akan melakukan "pre-planning" in order to achive what he promise for" tidak kira sehingga berjumpa keluarga sebagai contoh. tetapi latter on bila masalah timbul maka disinilah bermula eposid cuba melarikan diri dari janji2 yg telah dibuat. dengan the popular words his said : "itu hanya janji dan janji boleh berubah kerana keadaan"

3.Dia sangat berhati2 apabila memanggil nama kamu
Sepanjang bersama dengannya, dia tidak akan sekali pun tersilap memanggil nama kamu dgn nama org lain walaupun dalam kepalanya ada beratus2 nama perempuan yg sering berlegar2 dlm kotak fikirannya sehingga membuatkan kamu percaya, di dalam hatinya tidak ada perempuan lain selain kamu. hebat atu bodoh??

4.  Selain kamu kekasihnya, dia tidak mempunyai teman akrab wanita lain.
Kenapa? kerana dia akan layan perempuan dengan sama rata. Lelaki jenis ini akan menarik semua wanita disekelilingnya. Tiada beza kamu dengan wanita yag lain. Semuanya sama dari segi layanan, berkawan, berkasih sayang serta caring TANPA NIAT INGIN BERCINTA tetapi akan membiarkan perempuan itu SUKA, CAIR, PERASAN malah JATUH CINTA kepadanya. Apabila ditanya kenapa biarkan perasaan wanita begitu? seorang playboy akan menjawap "saya nak buat macam mana kalau seseorang wanita itu dah jatuh hati dengan saya??" saya tak paksa dia yang nak.
 
5.Dia sentiasa akan pastikan ada bersama kamu.
Dia akan berusaha meluangkan masa sebanyak masa bersama kamu. Tidak kira pagi petang atau malam. inilah kelebihan yg paling superb si mamat poyo ini ada. anda bole berdating dengannya waktu bila2 pun kecuali
1) masa bekerja  (7.30am to 5.30pm)
2) masa tidur. (depend pd waktu bila masa tidurnya)
waktu bekerja dan waktu tidur adalah flexsibal. selebihnya anda bole berdating dengannya bila2..
Untuk apa dia buat macam ni, supaya dia dapat meyakinkan kita bahawasanya kita lah satu-satunya teman wanitanya.

sebab itu saya kata superb sebab seolah2 menunjukkan dia tidak punyai org lain selain kita . amazing kan? so things here i dont know masa bila dia luangkan masa utk perempuan lain atau dengan isterinya (sekiranya beristeri). sudah pasti membuatkan kita percaya dia tidak ada commitment lain selain kita. Bayangkanlah.. hari2 anda bole berdating dengannya selepas keje sehingga lewat pagi, Balik ke rumah masing2 hanya untuk tidur.

6. Mata yang sentiasa melilau dan melirik kepada peempuan lain.
Bayangkan anda ada suami , atau bapa, jika anda berjalan bersama mereka sanggupkah anda melihat mereka melirikkan mata serta menoleh kapada perempuan2 yang lalu dihadapannya? tidak bukan. Tapi itulah 'playboy'. Sudah menjadi rutin sifat semula jadinya . Bagi aku sesuai dipanggil "miang sampai ke tua" . Pernah beberapa kali aku berjalan denganya dan si dia asyik melihat or sibuk menoleh ke arah perempuan lain sehingga membuatkan aku tersenyum, inikah calon suami yg aku inginkan? akan "miang sampai ke tua"

7. Akan merahsiakan tempat tinggal.
Tidak akan sekali2 menunjukkan di mana tempat tinggalnya kecuali rumah itu rumah company atau bilik sewa yg ada orang ramai.. Sekiranya anda ingin menghantarnya ke rumah, anda tidak akn berjaya kerana memang benar dia akan membawa anda ke kawasan rumahnya (taman) tetapi dia akan menyuruh anda berhentikan di suatu tempat atau simpang yang bukan betul2 berada di hadapan gate rumahnya. dgn alasan tak mahu jiran nampak. sekiranya anda bertanya tentang rumahnya dia akn menjawab "hari tu kan awk dah nampak yang awk hantar saya depan rumah"

8. Akan berjumpa dengan keluarga anda
Ini adalah resepi utama untuk seorang playboy. pada zaman sekarang dah tak releven lagi orang2 tua kata kalau nak tahu seseorang lelaki itu jujur atau tidak, cuba bawa dia berjumpa family anda. maka si mamat poyo ni akan berjumpa dengan family anda dan meminta restu tentang hubungan anda berdua. maka anda pun perasan yang mamat ni benar2 ikhlas dan jujur.

Jangan perasan jika dia telah pergi berjumpa dgn keluarga anda dan gentleman memperkenalkan diri. pada zaman sekarang, teori ini dh tidak bole digunapakai konon untuk melihat kejujurannya bawa dia berjumpa dgn family anda. namun hakikatnya bawa berjumpa family adalah satu tiket bagi si pengelar playboy untuk lebih memudahkan lagi untuk berdating setelah di berikan lampu hijau serta meyakinkan anda dan keluarga anda. Percayalah bukan anda seorang sahaja, tetapi kawan2 wanitanya yang lain juga, dia pergi berjumpa dengan keluarga masing2 untuk meminta restu.

9. Tidak akan bawa berjumpa dengan keluarganya
Sebaliknya, si playboy tidak akan sekali-kali membawa anda berjumpa dengan keluarganya. jika anda bertanya tentang hal itu, si playboy akan menjawab dengan pelbagai alasan. jika tiba hari raya, si mamat poyo ini tidak akan mempelawa anda untuk berhari raya kerumahnya, tetapi untuk 'playsafe' dialah orang pertama yang akan datang beraya ke rumah anda!.

Pernah suatu ketika, pada hari raya, si mamat poyo ini memberikan alasan (temberang) , menjadi kebiasaan, bila hari raya dia kan pergi bercuti di luar. adalah pelik kalau difikirkan kau mempunyai keluarga (parent) tapi bila time raya pergi bercuti di luar. maka si mamat poyo ni akan menjawap, apa peliknya biasalah time raya pergi bercuti... hurm....


Terlalu banyak ciri lelaki playboy jika kita kaji. So aku beri yang ini dulu yang lainnya kita bincangkan di lain waktu ya. Selamat berkasih sayang :)

Wednesday, August 21, 2013

What you give, u Get Back


peringatan buat semua :

P/S : Jangan tetapkan hati kita dialah jodoh sebelum terlafaz akad nikah. Boleh jadi kita hanya menunggu dia, sedangkan dia mudah menganggap kita rakan.

Lelaki hendak memulakan hubungan serius dengan alasan berkawan dan utk business bersama , namun wanita ingin memutuskan hubungan serius dengan mengambil kira segala keburukan dan pengkhiatan yg tidak dapat dibendung lagi. sampai masa kita akan tersedar.

Ingatan.
 
 
 

Thursday, May 30, 2013

Alhamdulillah... kebahagiaan Hakiki



Syukur Alhamduliilah.. saya dah temui kebahgiaan saya bersama kawan2 , keluarga , and my love one yang tahu menghormati saya dan sentiasa menyayangi saya dan dia tau apa yg dia nak dlm hidupnya. Dari bersama dgn orang yang hanya membuatkan sy menderita, berdolak dalik dan khianat . Allah dah tunjukan jalan kepada saya.  Pasti suatu hari kau juga merasa ketenangan ini jika kau tahu menilai dengan siapa sepatutnya engkau bersama.

Friday, February 22, 2013

MORAL OF THE STORY

SO MORAL OF THE STORY:


jangan bagi orang lain harapan bila kita tak sayang orang tu. mungkin kita anggap layanan itu hanyalah sebagai tanda simpati..tetapi yang menerima akan menaruh hati..

Thursday, October 11, 2012

Bagi Makan untuk Buatkan Seseorang Suka pd anda??



 




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Walaupun zaman kita modern dan boleh dipanggil zaman cyber, TAPI masih ramai yg percayakan bomoh serta mengamalkan ilmu²  pengasih. Aku sentuh topik ni sebb disekeliling aku pun masih ramai org yg taksub pd seseorang smpi menggunakan perkhidmatan bomoh...sikit² bomoh.  Atau pada mereka yg punyai IQ yang rendah pergi mendapatkan org2 agama yg kononya dpt membantu masalah hati dan perasaan. Kesian kesian kesian..


Aku pernah dengar ilmu pengasih yg dihantar melalui makanan. Amalan ini dikatakan boleh membuat orang persorangan rasa simpati dan sayang kepada anda selain itu ianya dapat mempengaruhi seorang.
Ianya juga amat berkesan digunakan individu-individu yang kerjanya seperti berniaga anda amat disenangi dan anda sentiasa diingat selalu.

Selain daripada itu ianya juga boleh digunakan untuk daya penarik untuk memikat hati seorang lelaki dan juga boleh meminbul rasa belas kasihan, simpati dan berahi untuk pasangan akan tetapi SUSAH UTK MENGADAKAN HUBUNGAN KELAMIN.

Sekiranya ada pembaca yg mengamalkan ilmu hitam, seperti tangkal, pengasih, pendinding, santau, dan mcm² ilmu hitam lagi....hentikanlah perbuatan tersebut dan kembalilah kepangkal jalan sebelum terlambat. Rasulullah SAW pernah bersabda, tidak akan cium bau syurga, apatah lagi utk memasukinya bagi mereka yg mengamalkannya........walaupun cuma sekadar ilmu pengasih atau ilmu penunduk utk menundukkan seseorang. Nasihat aku, kita doa pada Allah SWT sudah.............tak payah nak ilmu hitam ke, ilmu jingga ke, ilmu biru ke...........tu semua keja syaitan. Ilmu sains atau ilmu matematik takper.
 
P/S: Igtkan mak janda je yg dok mengenyam... rupa nya dua2 sama naik....hemmmmmmmm~ mengeluh panjang....

lantak korg laa wehh.........!! Masing2 ada otak boleh pk baik buruk....


Monday, February 13, 2012

HUKUM

Untuk kaum adam, HARAM untuk anda mencintai seorang wanita jika anda tidak berniat untuk menikahinya -Ustaz Azhar Idrus