Kelly dgn "pelepah" Duriannya
Yg pertama rambut itu belum beruban
Yg ke dua rambut itu telah beruban
….
Tahukah kamu:
Jika rambut itu belum beruban, hukum mewarnakan dengan warna lain hukumnya HARAM. Ingat baik2!.
Tetapi jika rambutnya beruban, hukumnya sunat…
So aku bersangka baik, mungkin Julaili ini rambutnya beruban.. insyaalahh…
Kata setengah ulama’ sunah Nabi S.A.W boleh warna apabila sudah beruban
Hukum Haram adalah pandangan Mahzab Syafie (bukan Shafei bin Othman yer..). Dikecualikan kiranya utk jihad.
Teringat aku ketika bersama Shafei, aku pernah bertanya kepadanya ..
“awak tak kisah/lebih suka yer Shafei kalau GF awk free hair?”, atau
“awak tak kisah/lebih suka yer kalau wife awak free hair?”.
Aku bertanyakan shafei dan shafei menjawab mewakili seluruh lelaki:
"Kalau isteri… saya tahu tanggugjawab saya seorang suami di mana saya kena menanggung segala dosa isteri. So saya rasa, saya akan galakkan isteri saya bertudung".
Emm….. betulker nie.. macam susah nak percaya. Soalan aku utarakan sbb aku melihat Girlfrend2 or even wife dia yg terdahulu, semuanya free hair. Mungkin aku bukannya kriteria yg shafei cari, kerana aku seorang yg bertudung, mugkin shafei lebih gemar kepada wanita yg free hair. Nah, lihat kepada julaili.
Yup walau aku tahu, aku bukan lah wanita yg solehah yg kadang2 membuat dosa dan ingkar ats arahanNya namun kata org, “jika tak mampu buat, jangan tinggalkan semua!”.
Wahai sahabat2 ku di luar teristemewa kepada kaum2 lelaki, percayalah, secara peribadi aku inginkan lelaki yg dapat menegur auratku. Imanku senipis kulit bawang wahai lelaki. Aku perlukan mu untuk membimbingku. Aku tidak suka bila mana aku keluar , dan engkau tidak menegurku supaya bertudung (menutup aurat).
P/S: semoga Allah memberikan hidayah kpd kamu dan aku. Aminn...
P/S: semoga Allah memberikan hidayah kpd kamu dan aku. Aminn...