Betul-betul ku rasakan Ramadhan kali ini cukup bermakna buatku. Sebelum ni, aku rasa biasa je, tiada effect langsung. Tapi kali ni, memang kaw-kaw tul Ramadhan buatku. Banyak tul dugaan sebelum dan semasa menghadapi Ramadhan ini, syukur aku cakap, kalau bukan Ramadhan, aku masih down sampai sekarang.
Sayu la pula awal-awal ni, tapi hakikat memang begitu, harap-harap Ramadhan kali ini dapat memuhasabahkan diriku more n more. Sadis woo, beberapa hari sebelum Ramadhan, aku jadi single, perit memang tidak dapat di cakap la, tipu la kalau sekarang masih ok, tapi, sekurang-kurangnya, Alhamdulillah, kira reda la sudah, biarpun ada bebekas tu. Lagipun perpisahan dengan My shafei ni adalah untuk mencari keredhaannya kan. Aku pun sanggup tunggu, kalau ada jodoh, syukurlah . Doa-doakan lah yek, semoga ada jodohku dengan dia. Kalau tiada, tuhan mungkin ada perancangan yang lebih baik lagi, kan?
Masa era down tu, aku kena demam panas lagi. hari-hari air mata tak berhenti mengalir walau tanpa sebab sekalipun. Terasa kesunyian yg amat. Sebulan pencilkan diri., dh takde semangat masa tu. Tak mau angkat phone sape2 terperap bilik menagis sambil mengenagkan nasib. Tapi Alhamdulillha.. aku lebih banyak mendekatkan diri dgn tuhan. Tuhan lah sekarang nie tempat aku mengadu. Kadang2 kita sedih, kecewa, terluka, tapi jauh di ats segalanya, Dia telah mengatur yg terbaik buat kita. kita jer yang tak sedar
Kalaulah dicabutkan nyawa masa tu, takut juga aku, bekalan lum cukup lagi, huhu. Lum campur sakit dada, bengkak leher dan lain-lain. Degil juga aku masa tu, tidak pergi hospital, malas kan, haha.
Tapi tu la, ujian kan, orang lain lagi besar ujiannya dari kita. Tekad, redha dan tabah je lah. Paling kurang, ada juga hikmahnya. Sebab semuanya tu datang darinya, jadi, kesimpulannya, kita kembali kepadanya. Inilah, masa susah baru datang dengannya, masa senang.. em... Ya Allah ampunkan aku kerana lupakanmu ketika senang. Syukurlah, Ramadhan kali ni aku dapat improve diri aku. Dan menjadikan aku dari degil kepada lembut sikit hati tu. Degil rupanya aku ni, haha.
Ramadhan ini pasti aku ingat, mengajar aku menjadi lebih tabah, doa-doakan lah aku yek, manatahu doa anda berkat kan? Semoga aku ada jodoh dengan si dia itu.
Aku berdoa semoga Ramadhan kali ini bukannya sekadar puasa cuma, hanya kerugian sahaja jika ianya hanya menahan lapar dan minum. Kepada semua rakan-rakan pembaca, kwn2, sedara mara, rakan sekerja dan musuh2 exspecially my shafei:
aku pulang beraya di kampung area tangkak pada hari raya pertama,di kubur abah..
Assalamualaikum....
Aku berdoa semoga Ramadhan kali ini bukannya sekadar puasa cuma, hanya kerugian sahaja jika ianya hanya menahan lapar dan minum. Kepada semua rakan-rakan pembaca, kwn2, sedara mara, rakan sekerja dan musuh2 exspecially my shafei:
Kiranya segala post, komen, chat menyinggung hati anda
saya minta maaf kerana tiada terniat pun mengeruhkan keadaan
aku pulang beraya di kampung area tangkak pada hari raya pertama,di kubur abah..
Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment