Wednesday, February 2, 2011

127 hour film




Aku suka tengok filem based on true story. Pastu mula la aku mencari article2 dlm internet berkaitan dgn org tu. bukan sekadar org, apa shj yg berkaitan dgn true story. kdg2 cerita yg org tak tengok, contoh mcm cerita Hachiko tentang anjing yg tunggu tuannya balik keje selama 12 tahun di tempat yg sama hari2 sepanjang hidupnya. padahal tuannya tu dh lama mati ketika di tempat keje. huhuh... sadis..

Bagi aku, aku suka tgk cerita true story nie abb aku bukan melihat kpd cerita atau jalan cerita tapi yg penting aku cuba membayangkan apa akn terjadi sekiranya aku berada di tempat mereka. Apa yg aku alami jika aku menjadi seperti mereka. kerana ianya kisah benar yg benar2 berlaku!.

Jadi utk kali ini aku layan movie baru "127 hour". kepada seiapa yg suka kepada activiti2 lasak outdoor terutama si pendaki2 mcm aku nie. Memang sesuai. Korang bole fell mcm mn mendaki di gunung ganang yg berbatu bata dan terperangkap di sana tanpa ada sesapa yg datang membantu even wonderpet sekalipun!!

Jadi untuk entry ni, aku persembahkan.........Aron Ralston.....mamat yg menjadi hero dlm cerita ini.


Aron Ralston merupakan pelajar mechanical engineering di Carnegie Mellon University, Pittsburgh, Pennsylvania yang suka memanjat gunung. Impian dia adalah untuk menhaklok The 14ers – puncak-puncak yang melebihi 14 ribu kaki di Colorado. PERGH!!! 14 ribu kaki beb. Setakat mcm aku ni, pendaki2 gunung kat mesia, kitorang berebut2 nk manawan G7. Sesapa yg kaki gunung, mesti korang tau apa tu "G Seven"


Iaitu 7 gunung yg tertinggi di semenanjung Malaysia yg melebihi ketinggian 7 ribu kaki! Tapi aku tak gred2 lagi. Dari 7 gunung, aku baru dapat menawan 4 gunung jer!!. Hampeh!. Gambor di bawah menunjukkan ketika aku menawan diantara 4 gunung G7. Korbu - Gayong - Yong Belar dan gunung Tahan:






so for preparation, aron ralston gi panjat Blue John Canyon. Yg bestnya dia buat solo trip. Tak ajak kawan-kawan dan tak bagi tau sape2. Tetapi dia seorang yg gemar membawa kemana sahaja peralatan video cam dan camera digital bersama. Tapi aku pelik apsal laaa mamat nie taknak bawak hand phone lak kan??. ( aku cuba cari dlm youtube takde lak saat2 kejadian tu ditayangkan. mungkin itu mnjadi satu koleksi peribadi beliau yg dia tak mau tayangkan pada umum kot)

Panjat punya panjat, seketul batu jatuh dan hempap tangan kanan dia. Mengikut dari sumber aku, batu tu seberat 800-1000lb - Lebih kurang 450kg kalau korang suka pakai unit metrik. Untuk lebih penghayatan, sila layan gambar di bawah.


ini adalah gambat sebenar Aron ketika tersepit.



Maka bermula lah kehidupan Aron berusaha untuk menyelamatkan diri. Dia tersepit kat batu selama 5 hari dengan sumber makanan yang terhad!. Aron hanya ada 3 pilihan sama ada menunggu org selamatkan dia, atau menunggu sesuatu keajaiban dgn harapan batu tu dapat dialihkan atau pilihan terakhir kerat tangan sendiri!.Namun selepas 5 hari tidak menampakkan hasil, maka dia amik keputusan untuk guna last option iaitu potong tangan dia dalam usaha untuk dia melepaskan diri!


Sepanjang lima hari tu, dia gunakan pisau yang dia bawak untuk cungkil batu besar.Gila gak kalau dia fikir pisau kecik dia tu boleh alih batu besar.Hasilnya, pisau dia tumpul. Dan...dengan pisau tumpul tu la dia kerat tangan dia. Mula-mula tak dapat potong, tapi dia tekan gak pisau tu sampai terpotong tangan dia.Hahahah tergelak aku bila teringat kata2 dia di mana dia sempat berpesan:

"Moral of the story, lain kali jangan beli barang buatan china"
(Merujuk kepada pisau multi fuction yg dia bawak)


Aku tak tau dia belajar medic kat mana. Tapi sebelum dia potong tangan dia, dia patahkan siap-siap tulang tangan sbb nk pki pisau tu dh tak lot.Kalau korang amek biologi, korang mesti tau tendon. Tendon ni yang menjadi penghubung antara otot dan tulang. Tendon nih liat. Jadi Aron guna playar untuk putuskan tendon dia – kau memang gila Ron.Tapi inilah yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal.

Dah siap potong tangan, dia dengan selamba abseiling turun ke bawah sebelum jumpa dengan pendaki lain yang akhirnya membantu Aron. Bawah ni gambar peralatan yang Aron guna untuk potong tangan dia.









127 hours

127 jam. Jumlah masa dia tersangkut kat batu tu. Juga tajuk filem Danny Boyle - Pengarah filem slumdog millionaire.Danny Boyle buat filem ni berdasarkan video klip yang aron buat sepanjang 5 hari dia tersangkut kat celah gunung.

Jadi aku mewar2kan kepada korang tontonlah cerita ini, terutama kepada peminat2 outdoor. Benda nie mengajar aku supaya bersyukur, berdikari yg penting jangan putus asa. Walaupun ia ada risikonya yg tersendiri, but It’s just an innerself secret yang kepuasan dan apa yang dicari dirasai secara subjektif dalam emosi masing-masing. Macam gak orang yg minat main bola, suka main boling, suka bernari suka shopping, dan sebagainya……..

IT’S JUST A RESPECTABLE THINGS WE DONE FOR OUR OWN SAKE………..

p/s: "Gunung adalah Kitab (kitab yg susah utk di Selak)"










-END-

No comments:

Post a Comment