Tuesday, June 28, 2011

USANA pil suplimen


Bulan ini aku ingin menceritakan satu perkara yang tak pernah aku pikirkan. Ye seumur hidup aku, aku tidak pernah memiliki apantah lagi mengambil pil2 suplimen sehinggalah My Mr Right aku memperkenalkan sesuatu  produk suplimen kpdku. katanya, ia baik untuk kesihatan, kulit menjadi licin, bertenaga dan senang untuk bangun pagi. (Aik!? perli nampak?). Terima kasih atas pemberian USANA kpd ku tempoh hari.

Tetapi sepatutnya pada peringkat umur aku yg dah mencecah bangka dan ANDARTU ini, aku sepatutnya harus memiliki pil2 kesihatan ini.

Aku baru terasa perbezaan zaman aku muda2 dan sekarang, dimana klu dulu aku cergas, boleh jalan sejauh mana sekalipun, bertenaga dan kuat. tapi sekarang bila jalan jauh sikit aku dh tak larat, sakit2 belakang, mengantuk dan tak bertenaga. Mungkin aku perlukan makanan kesihatan tambahan kali ini.

Jadi, untuk minggu ini my Mr Right, telah memberikan aku prooduk kesihatan jenama USANA. Ianya sekitar rm300! aku tidak tahu apa kahsiat2 yg ada di dalam, tetapi aku lebih menghargai pemberian my Mr Right yg sanggup hadiahkan kepadaku dan mengambil berat tentang kesihatanku.

Thursday, June 16, 2011

KL GANGSTER : SEKARANG GUA TAK KIRA, LU AYAHNDA KA, LU ABG LONG KA, BLOGGER GUA PEGANG!





This weekend aku berpeluang untuk  menonton wayang cerita Melayu KL GENGSTER. Dgn sape lagi klu tidak bersama teman intemewa ku shafei . Kebetulan this weekend dia balik from JB. Terima kasih luangkan masa bersama saya walaupun saya tau awk banyak keje. Dgn masa yg ada kami tak lepaskan peluang menonton wayang bersama. Nasib baik la ada dia, layan gak aku cerita2 melayu.  Tapi shafei adalah sumber inspirasiku di mana dia telah membuka minda aku supaya  menerima cerita2 melayu yg ada dulu dan sekarang.  

Walaupun aku ini seorang pengkritik tegar cerita2 melayu, sampai pernah aku berkata “buat abis duit tiket jer tengok cerita2 melayu nih!”. Tapi dari hari ke hari aku tengok filen melayu nie dh mula menampakkan pembaharuan dan improvement. Walaupun tidak lah setangding dgn cerita Hollywood and hongkong.

Aku punyai tabiat yg kurang baik, ini, biasalah bila aku tegok filem melayu aku cuba mencari kelemahan2 yg ada dan seperi diperbodoh2kan. (contoh, nk tidor pun pakai mekap beriya), lebih2 lagi filem yg dikeluarkan oleh skop production yg dlm pemikiran aku sudah sinonim dgn adengan2 cinta2, nangis2, dan bahasa yg mengikut buku.  

Namun cerita kali ini telah membuka mata aku luas2 kerana tidak semua cerita melayu itu lemah malah cerita ini satu2nya cerita yg aku rasakan the best setelah Merong Mahawangsa.  And first cerita malayu yang tidak ada adengan cinta2 dan perempuan!.  Timing yg menarik, aksi lawan/stunt yg realistik, and sound effect yang mengena, dialog yg sempoi and power (tak lagi bahasa buku dan baku). Serious aku teruja sungguh ngan bahasa samseng yang diorang gunakan, berbalas2 cakap gangster style...meremang tengkok bro!!

Berbalik kpd cerita KL Gengster tadi, ia merupakan sebuah filem yg menunjukkan kehidupan di KL yg tidak diketahui umum. Perebuatan kuasa , kawasan, wang, perniagaan haram, yg didominasi oleh sesetengah puak (gangster). Mungkin sebagai org biasa yg tak tau apa2 bila menonton cerita ini akn berfikir ianya hanya sekadar cerita dan entertainment.

Tetapi shafei kata inilah dunia reality sebenar yg berlaku di Malaysia (KL). Memang wujud  org2 seperti itu, mmg wujud ayahnda, abg long dan sebagainya. Tidak paham knp ia dikaitkan dgn PEKIDA.  (maaf jika terasa) . Ialah klu tidak, kenapa mereka (pekida) mahu saman cerita KL gangster n Kongsi?? Kononya kod kod rahsia mereka didedahkan..

Bagi aku, filem yang cukop berani.... Pekida harus terima hakikat yang byk Ahli2 Pekida dah rosak... Amar makruf nahi mungkar tapi jaga pusat maksiat... Pau duit tokey cina... Ape citer? Filem nie sememangnya dah buat reseacrh sepenuhnya.... Hayati cerita nie sepenuhnya Pekida... Bukan main nak saman jerr... Di hujung ceritanya ada mengatakan Hanya satu yang mampu aku lakukan memohon ampun dari Allah s.w.t... Secara logiknya cerita ini mengritik perjuangan pekida yang kebanyakkannya telah terpesong....

Kerana itu, saya minta maaf sekirannya terlalu banyak soalan yg saya utarakan kepada kamu shafei sampai awk pun kdg2 bengang dgn soalan soalan2 saya. Minta maaf sbb awk selalu berkata saya seorang yg lembap untuk memahami sesuatu cerita, dan tak tahu isu sekeliling. Mungkin kerana bila awk disisi saya malas utk berfikir dan suka tgk cara awk menjawab ‘argue’man saya Huhuh.. Tapi percayalah, setiap kata and isu yg awk cuba sampaikan kpd saya , saya amat tertarik dan teruja. Tanpa awk mengetahui, saya akan cepat2 cari info dan internet sampai saya berpuas hati. Anyway, terima kasih sekali lagi jelaskan kpd saya.


Walaubagaimana pun cerita nie mmg enjoy lebih2 lagi bila pergi dgn teman tersayang. Heheh hopefully next time ada kesinambungan cerita ini KL GANGSTER part II. Dan aku akn jadi org pertama yg menyaksikan cerita ini di pawagam.  “ Peace no War!”


Tuesday, June 14, 2011

Ptorait yg tak Menjadi?

Bergambar bersama orang kilat


Weekend hari tu, kitorang sampai dh tak tau nk g mana. Rasanya dah semua tempat celah2 KL nie kitorang pegi. Pikir punya pikir, shafei dpt idea, dia ajk pegi ke tempat yg aku belum pernah g lagi. Dlm fikiran aku, eh celah mn lagi kat kl nie yg kita lom pegi lagi?.. hehhehehe

Kali nie, Shafei ajk aku g bintang walk to fulfill our weekend. Dia tanya aku sama ada aku dah pernah g sana ke belum, katanya kat sana kita bole tengok org2 yg show their creativity and tallent. Lihat patung2 manusia yg tak gergerak berjam2.

Aku rasa, kita penah ke bintang walk sebelum nie, tapi just mkn angin. Ingat tak masa tu kita naik kapal terbang 4D kat bintang walk?. Ntah mcm mn tetiba kapal aerospace 4g nie terselit celah2 kaki lima bintang walk. Aku and shafei pun tak lepaskan peluang try merasa sendiri naik aerospace 4g nie, since kapal tu pun bukan senang dpt naik and it just temporary jer for promotions. Best giller kat awk masa tu. huhuuhh...

Ingat tak masa nie kita tangkap gambo dalam kapal terbag 4D. Best giller kan.. sweet memories

Masa kita di dalam kapal Aerospace 4G


Ok, tu dulu la...tapi, klu g tengok org2 yg cretive n talent yg awk kata tu, tak pernah lagi laa...sy ada dgr2 cerita di paper n TV tapi tak tau kat mana lokasi sebenar dia. Ini pun kira pertama kali in my life shafei bawak aku tengok all this things. Thank you my dear.

So firstly, we all g minum2 dulu kat warong corner sambil menikmati liveband sbb shafei ckp org2 tu akn muncul around 10pm. lagi malam lagi ramai yg ada. and it also sweet nite.

Agak2 dlm kul 10mlm, kitorng pun bergerak di sepanjang jalan Bintang walk. Lepas satu, satu aku jumpa org2 yg show diorang punya bakat nie. Seronok gila tengok diorang, sungguh creative. Mcm2 cara diorang nie cari rezeki.

Ada yg satu badan gliter2 bling2. Ada yg tunjukkan skill bermain bola2 kristal, ada yg tunjukkan skill menari street dance ala2 break dance and so ever.....oh ye klu nk bergambar dgn diorang, kena la bayar rm2.00.Aku tak lepaskan peluang bergambar dgn diorang. masa nie shafei yg tangkapkan gambo sbb tu dia tak de huhuh:








Then, kiotang sambung lagi jalan. Tgh2 jalan, jumpa dgn mamat yg tengah lukis potret2 orang. Tetiba Shafei, offer nk tak lukis potret kitorang??, hah?? mestilah nak wakk!!.. yehaa.. dia belanja.. mahal lak tu, satu potret rm35 hitam putih... (isk.. banyak pulak duit BF aku nie.. hehehhe) ....

So lepas negotiate harga, mamat tu tangkap gambo kitorang melalui phone, so that dia leh buat reference utk lukis. tak payah lagi kitorang nk penat2 kena jadi patong ala2 model duk diam lama2. hahahah..

Nk siapkan satu potret tu ada la mkn masa satu jam. Sambil2 tunggu, sambil2 lihat gelagat2 org ramai, siap kami tgk gelagat pelanggan2 foreigner yg tawar2 harga untuk sewa tooot... kemdian masuk hotel. Iskk.. seram sejuk tengok diorang nie...siap aku n shafei kira lagi berapa jam dia tempah hotel tu.. hahahahah!!! ntah apa2


bila2 dh boring, tgk potret tak siap lagi, shafei ajk jalan. kitorang pusing lagi jln2 kat bintang walk. Terserempak dgn og tukang buat key-chain. Sempat lak shafei belanja key-chain yg bole engrave nama aku. thank a lots again my dear.




Agak2 dh lama kitorang patah balik kat mamat yg lukis potret kitorang tadi. Sampai2 je, terperanjat aku tengok hasil lukisan muka aku n shafei.. hermmm... aduiyoo...! ada rupa ker??... rasa tak pueh hati lak, tapi nk watcamner dh bayor dulu... mcm nyesal lak bayor rm35 utk potret tu.. so cuba korang nilaikan gambo kitorang.. ada rupa ker?? hermmm...


Muka awk jadilak jugak shafei... muka saya... hampeh!! tak aci tak aci! nk buat lagi!!



seminggu kemudian,  hanpohe ku berkumandang dpt shafei msg:

"sy ingat nk ajk awk g bukit bintang lagi. nk balas dendam kat mamat yg lukis potret kita tempoh hari". hahahhahahaha...