Thursday, June 16, 2011

KL GANGSTER : SEKARANG GUA TAK KIRA, LU AYAHNDA KA, LU ABG LONG KA, BLOGGER GUA PEGANG!





This weekend aku berpeluang untuk  menonton wayang cerita Melayu KL GENGSTER. Dgn sape lagi klu tidak bersama teman intemewa ku shafei . Kebetulan this weekend dia balik from JB. Terima kasih luangkan masa bersama saya walaupun saya tau awk banyak keje. Dgn masa yg ada kami tak lepaskan peluang menonton wayang bersama. Nasib baik la ada dia, layan gak aku cerita2 melayu.  Tapi shafei adalah sumber inspirasiku di mana dia telah membuka minda aku supaya  menerima cerita2 melayu yg ada dulu dan sekarang.  

Walaupun aku ini seorang pengkritik tegar cerita2 melayu, sampai pernah aku berkata “buat abis duit tiket jer tengok cerita2 melayu nih!”. Tapi dari hari ke hari aku tengok filen melayu nie dh mula menampakkan pembaharuan dan improvement. Walaupun tidak lah setangding dgn cerita Hollywood and hongkong.

Aku punyai tabiat yg kurang baik, ini, biasalah bila aku tegok filem melayu aku cuba mencari kelemahan2 yg ada dan seperi diperbodoh2kan. (contoh, nk tidor pun pakai mekap beriya), lebih2 lagi filem yg dikeluarkan oleh skop production yg dlm pemikiran aku sudah sinonim dgn adengan2 cinta2, nangis2, dan bahasa yg mengikut buku.  

Namun cerita kali ini telah membuka mata aku luas2 kerana tidak semua cerita melayu itu lemah malah cerita ini satu2nya cerita yg aku rasakan the best setelah Merong Mahawangsa.  And first cerita malayu yang tidak ada adengan cinta2 dan perempuan!.  Timing yg menarik, aksi lawan/stunt yg realistik, and sound effect yang mengena, dialog yg sempoi and power (tak lagi bahasa buku dan baku). Serious aku teruja sungguh ngan bahasa samseng yang diorang gunakan, berbalas2 cakap gangster style...meremang tengkok bro!!

Berbalik kpd cerita KL Gengster tadi, ia merupakan sebuah filem yg menunjukkan kehidupan di KL yg tidak diketahui umum. Perebuatan kuasa , kawasan, wang, perniagaan haram, yg didominasi oleh sesetengah puak (gangster). Mungkin sebagai org biasa yg tak tau apa2 bila menonton cerita ini akn berfikir ianya hanya sekadar cerita dan entertainment.

Tetapi shafei kata inilah dunia reality sebenar yg berlaku di Malaysia (KL). Memang wujud  org2 seperti itu, mmg wujud ayahnda, abg long dan sebagainya. Tidak paham knp ia dikaitkan dgn PEKIDA.  (maaf jika terasa) . Ialah klu tidak, kenapa mereka (pekida) mahu saman cerita KL gangster n Kongsi?? Kononya kod kod rahsia mereka didedahkan..

Bagi aku, filem yang cukop berani.... Pekida harus terima hakikat yang byk Ahli2 Pekida dah rosak... Amar makruf nahi mungkar tapi jaga pusat maksiat... Pau duit tokey cina... Ape citer? Filem nie sememangnya dah buat reseacrh sepenuhnya.... Hayati cerita nie sepenuhnya Pekida... Bukan main nak saman jerr... Di hujung ceritanya ada mengatakan Hanya satu yang mampu aku lakukan memohon ampun dari Allah s.w.t... Secara logiknya cerita ini mengritik perjuangan pekida yang kebanyakkannya telah terpesong....

Kerana itu, saya minta maaf sekirannya terlalu banyak soalan yg saya utarakan kepada kamu shafei sampai awk pun kdg2 bengang dgn soalan soalan2 saya. Minta maaf sbb awk selalu berkata saya seorang yg lembap untuk memahami sesuatu cerita, dan tak tahu isu sekeliling. Mungkin kerana bila awk disisi saya malas utk berfikir dan suka tgk cara awk menjawab ‘argue’man saya Huhuh.. Tapi percayalah, setiap kata and isu yg awk cuba sampaikan kpd saya , saya amat tertarik dan teruja. Tanpa awk mengetahui, saya akan cepat2 cari info dan internet sampai saya berpuas hati. Anyway, terima kasih sekali lagi jelaskan kpd saya.


Walaubagaimana pun cerita nie mmg enjoy lebih2 lagi bila pergi dgn teman tersayang. Heheh hopefully next time ada kesinambungan cerita ini KL GANGSTER part II. Dan aku akn jadi org pertama yg menyaksikan cerita ini di pawagam.  “ Peace no War!”


No comments:

Post a Comment