Wednesday, November 9, 2011

Apa itu Perangkap hidup?


 Memulakan Perniagaan Untuk Menjadi Bebas Adalah Perangkap Hidup


Terdapat sebuah cerita mengenai seorang jejaka dari Kuala Lumpur dan wanita bekerja sebagai Man Power supplier di Johor Bahru.
Ditakdirkan tuhan, setelah sekian lama berpisah dan dipertemukan semula di gathering sekolah maka ketemu kembali si jejaka ini dgn wanita tersebut maka bertaut kembali ikatan yg pernah terjalin di masa sekolah dahulu. Lalu si wanita mula betanya kepada jejaka itu... 


Julaili :  Harta  yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal buat diri kamu. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan harta ini ?
shafei :  Terlalu lama.. hidup naik dan turun, dan hidup hanya setakat ituuu sahaja.
Julaili :  Beberapa lama ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak bersama saya untuk memperolehi lebih banyak harta kali ini.
Shafei :  Berfikir sejenak, Saya rasa memang ianya perlu, hasil hari ini tidak memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.
Julaili :  Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?
Shafei :  Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan bekerja, hidup concentrate dlm bidang construction, bermain dengan kawan2, bersembang dengan rakan-rakan dan etc.. etc..
Julaili :  Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli professional dalam bidang Human Resources dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka. Bekerja di syarikat Jepun,
  Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di bidang expatriate dan supplier man power. saya akan bantu kamu dari A to Z.. dari segi modal tenaga zahir dan batin dan segala selok belok perniagaan dan dengan itu awak akan mendapat hasil yang banyak.
Shafei :  Ia, memang selama ini pun saya dah lama belajar sedikit2 dari pekerja2 asing saya. dan benda ini tidak asing bagi saya. Apa saya perlu saya buat buat dengan cara itu ?
Julaili :   Biarkan saya habiskan cerita. Saya mudah utk mendapatkan pekerja2 asing, selebihnya saya akan bagi kepada kamu untuk kamu settlekan pekerja2 ini. Awak akan mendapat komisyen yang banyak dgn mudah , Selepas itu, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak dalam bidang expatriate dan menangkap pekerja lebih banyak. Dengan komisyen dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat di bandar Johor Bahru dan seterusnya mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.
Shafei  :  Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?
Julaili :  Dengan cara kita berkerja sama, saya HR di company itu, ditambah pula saya berpengaruh dan banyak kenal dato' dato' di Putrajaya tu.. awak tak perlu risau..
Shafei :  Lepas itu ?
Julaili :  Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak (dan hidup terikat dengan aku).
Shafei :  Lepas itu ?
Julaili :  Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah baru di Johor Bahru, mulakan hidup baru di Johor bahru. awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama saya, Buka perniagaan , buat expatriate, jual kerepek, cari tapak untuk buka pusat bowling baru..modal jangan risau, contoh buka kedai fiber custom, lepak dengan rakan-rakan dan mengumpul harta dan ilmu sebanyak mana yang awak mahu.
Shafei :  Hmm… itulah yang saya lakukan sekarang aku akan tinggalkan semua familyku , kekasihku, kerjaku di KL. Rumahku di Semenyih..Aku akan ikut kamu berhijrah di JB.

Jika anda sama seperti kebanyakan orang yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Anda tentu mempunyai pandangan indah mengenai perniagaan. Di mana anda akan merasa anda bebas untuk melakukan apa saja, tidak ada orang yang akan menegur kerja anda, anda boleh buat apa saja yang anda suka tanpa mengira masa.

Tidak salah untuk anda bermimpi begini, namun ini adalah sesuatu yang tidak selari dengan realiti perniagaan yang sebenar apa ntah lagi bila is melibatkan hati dan perassan.Apabila anda berada dalam dunia perniagaan, anda mula menyedari bahawa anda akan dikritik oleh pelbagai jenis pelanggan dan rakan-rakan, anda akan berlari kesana dan kesini semata-mata untuk temujanji yang telah ditetapkan, anda perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja dan banyak lagi kekangan lain.

Sewaktu melalui saat ini, perniagaan bukan lagi syurga yang anda idamkan selama ini.Anda bekerja dengan mengorbankan segalanya semata-mata untuk bahagia pada masa hadapan. Namun ‘masa hadapan’ ini tidak muncul-muncul. Ramai orang yang terperangkap dalam situasi sebegini bukan setahun dua, malah ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka bekerja keras untuk kebahagiaan masa depan yang tidak kunjung tiba.

Kita berfikir bahawa kekayaan boleh membawa kebahagiaan. Ini adalah satu kepercayaan yang salah. Kekayaan mungkin akan menjadikan kualiti hidup anda lebih tinggi tetapi tidak semestinya ia boleh membawa kebahagiaan. Kita boleh lihat ramai artis-artis yang menjadi kaya dalam sekelip masa dan kelihatan sangat bahagia. Selepas umur menjadi semakin tua, mereka menjadi tidak bahagia kerana mereka mula kehilangan apa yang mereka pernah ada.

Jadi apa sebenarnya kaedah yang betul ?
Kaedah yang betul adalah anda tidak perlu mengorbankan kebahagiaan yang anda sedia miliki sekarang. Wujudkan perniagaan yang membolehkan anda kekal dalam kebahagian yang anda miliki dan buang pemikiran bahawa anda perlu mengorbankan kebahagiaan untuk mengejar kebahagiaan masa hadapan.Perniagaan yang membuatkan anda bahagia adalah lebih bermakna berbanding perniagaan yang akan menjadikan hidup anda tidak bahagia. Anda tidak akan merasa kerja keras yang anda lakukan ini kerana anda melakukannya dengan bahagia.
Tidak ada guna anda masuk dalam kubur dengan harta bertimbun jika hidup anda tidak bermakna.
Dan tidak ada gunanya selepas anda perolehi kekayaan anda tinggalkan org yg berhempas pulas untuk anda.

Dulu anda tingglkan org yg anda sayang untuk mengejar kekayaan, sekarang anda tinggalkan orang yang menaruh hati kepada anda yang selama ini berkorban untuk anda??

Nikmati setiap saat dalam hidup anda.
sekian, terima kasih

Nurul Adna

4 comments:

  1. nurul adna,..awak buah hati shafei ke?...maybe dia ada byk lagi gf..siapa tahu,kan.

    ReplyDelete
  2. yup.. tapi dulu.. now julaili and kesian kat dia, sebab memang shafei begitu perangainya..

    ReplyDelete
  3. mmg shafie tu byk ppuan pun.xpelik la.da name lelaki.

    ReplyDelete
  4. Shafei suka buat perempuan jatuh hati dgnnya dan biarkan perasaan itu, malah melayan. Sampai masa dia kata tak ada apa2 dgn all perempuan yang dah "perasan" tu.. it is sounds sadness??.. and one things.. dia mulut manis dan pandai menipu untuk nak elak gaduh.. This is ciri2 playboy melayu!

    ReplyDelete